Wednesday, April 17, 2019

SURAH 106

ASBABUN NUZUL

Orang Quraisy biasa mengadakan perjalanan terutama untuk berdagang ke negeri Syam pada musim panas dan ke negeri Yaman pada musim dingin. Damai perjalanan itu mereka mendapat jaminan keamanan dari penguasa-penguasa dari negeri-negeri yang dilaluinya. Ini adalah suatu nikmat yang amat besar dari Tuhan mereka. Oleh kerana itu sewajarnyalah mereka menyembah Allah yang telah memberikan nikmat itu kepada mereka.
Perjalanan perniagaan oleh penduduk Mekah ke Yaman dan Syam
Menurut Ibnu Katsir pada musim dingin mereka ke Yaman dan pada musim panas mereka ke Syam kerana perjalanan bagi perniagaan inilah Allah melimpahkan rezeki bagi mereka, meskipun negeri mereka tandus dan kering. Allah melimpahkan rasa aman dari ketakutan di dalam negeri maupun di luar negeri mereka kerana adanya ka'bah.
Ternyata kaum Quraisy kaum yang dimuliakan oleh Allah
Al Qurthubi menuliskan pendapat Mujahid dan Ibnu Abbas, bahawa ayat ini mengingatkan kepada kaum Quraisy tentang nikmat Allah bagi mereka iaitu ketenangan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa harus terganggu dengan hal-hal lainnya.

Diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam sebuah hadist, demikian pula Al Baihaqy mengeluarkannya dari Al Hakim pada kitabnya Khilafiyyat bersumber dari Ummu Hani' binti Abi Thalib bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Allah mengutamakan kaum Quraisy dengan tujuh perkara : Saya berasal dari mereka, kenabian ada pada mereka, mahkamah (pemberi keputusan) dan pemberi minum (bagi jemaah haji) adalah mereka, Allah menolong mereka atas pasukan gajah, mereka menyembah Allah bertahun-tahun saat tidak ada yang menyembah Allah selain mereka. Allah menurunkan sebuah surah dalam Al-Quran tentang mereka." sampai akhir hadits. Didalam hadits tersebut disebutkan : ".........Diturunkan satu surah khusus berkenaan dengan mereka (kaum Quraisy) dan di dalam surah tersebut tidak disebut kaum lain," iaitu Surah 106 : Quraisy ayat 1-4.

No comments:

Post a Comment